Rabu, 7 Januari 2009

Kertas Kerja Perniagaan Atau Rancangan Perniagaan

  • Kepada semua ahli kelab KUSPID Langkap yang inginkan maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk membuat kertas kerja perniagaan boleh lah datang Ke PUSAT INTERNET DESA LANGKAP bagi mengetahui maklumat yang lebih terperinci lagi. Kami juga akan akan membantu anda untuk menghasilkan kertas kerja untuk perniagaan anda.

"KUS PID MENGAKTIFKAN KOMUNITI"

Tip atau Panduan Untuk Menyediakan Pelan Perniagaan



Sebagai panduan untuk menyediakan pelan perniagaan untuk memohon pakej keusahawanan PKS, rangkakan dokumen anda dengan menunjukkan bahagian untuk Ringkasan Eksekutif, Peluang Perniagaan, Strategi Perniagaan & Petunjuk Pencapaian, Pelan Pemasaran, Pelan Operasi Pengurusan dan Kakitangan Utama dan Unjuran Kewangan.
  • Ringkasan Eksekutif - Membincangkan peluang perniagaan, teknologi, produk, pasaran dan pengurusan; cadangan jumlah kewangan dan kegunaan untuk menjalankan perniagaan, ringkasan penyata pendapatan 5 tahun dan modal yang diperlukan.
  • Peluang Perniagaan - Memberi gambaran tentang produk dan teknologi yang digunakan, mengapa pelanggan mahukannya dan bagaimana ia dapat memenuhi kehendak pelanggan.
  • Strategi Perniagaan dan Petunjuk Pencapaian -Menyenaraikan strategi perniagaan termasuklah kewangan, teknologi dan pembangunan produk.
  • Pelan Pemasaran - Perlu merujuk kepada keperluan pelanggan, segmen pasaran, saluran pengagihan, strategi dan pelan jualan, saingan dan kedudukan pasaran.
  • Pelan Operasi - Perlu menunjukkan Pelan Kejuruteraan dan pembuatan, pelan pentadbiran dan kemudahan pengeluaran.
  • Pengurusan dan Kakitangan Utama - Biodata lengkap setiap kakitangan utama, organisasi, pelan perjawatan dan jumlah unjuran pekerja, dan program insentif dan ganti rugi sekiranya ada.
  • Unjuran Kewangan - Unjuran proforma 5 tahun termasuk untung dan rugi, imbangan duga, penyata aliran tunai bersama andaian-andaian.

Sumber : PUNB