Isnin, 29 Disember 2008

Tanaman Serai (PEHA AYAM)







Tanaman Serai (Cymbopogon Citratus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai bagi menghasilkan tepung untuk diekspot atau pembuatan kosmatik dan juga farmaseutikal. Serai ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang manis dan lembut. Serai jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Kebiasaannya serai ditanam dibelakang2 rumah dan di gunakan apabila surirumah merancang untuk memasak masakan terutamannya Tomyam ataupun Rendang. Selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. inyak pati yang diekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik , syampu dan sabun.

Cara PenanamanSerai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhan. Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, pertumbuhannya akan terbantut. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik.

Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki. Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai. Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam. Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan.

Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok. Setelah serai berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh. Tanaman serai tidak memerlukan banyak penjagaan. Jika terdapat pertumbuhan rumpai, ‘bush cutter’ boleh digunakan bagi mengurangkan penggunaan racun kimia. Walau bagaimanapun, rumpai bukanlah satu satu masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang rimbun dapat menghalang pertumbuhan rumpai.

Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun. Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali menggunakan ’scoop’. Kemudian rumpun serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau kapak dan gunting ’secateurs’. Semasa kerja pembersihan dilakukan, pengasingan serai dibuat untuk dijual dan dibuat benih.

Khasiat dan Kegunaan

Dari segi ubatan tradisional serai digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.

Bagaimanapun di kebanyakan negara serai ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri -an. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut. 2 bahan penting dalam industri Caryophyllene & citronellol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan