Isnin, 7 Disember 2009

AKTIVITI 2 :- MENGANYAM KETUPAT

Aktiviti : Pertandingan Menganyam ketupat
Tarikh : 11.10.09 (Sabtu)
Tempat : Tapak Pekan Hari Langkap
Program : Karnival Merakyatkan Seni
Dengan Kerjasama : Bilik Gerakan DUN Sg Manik
Penyertaan : Seluruh Penduduk Kawasan Langkap
Masa : 1.30 tengahari

Latar Belakang Aktiviti :-

Aktiviti ke dua PID Langkap di sepanjang Karnival Merakyatkan Seni ini berlangsung ialah Pertandingan menganyam ketupat. Terdapat dua jenis anyaman ketupat yang di pertandingkan iaitu Ketupat Nasi dan Ketupat Bawang. Di samping itu demo menganyam ketupat jugak ada di tunjukkan semasa pertandingan hendak di mulakan. Ini bagi menunjukkan kepada mengunjung bahawa uniknya dan mudah untuk sama mempelajari cara menganyam ketupat dengan betul dan pantas. Kateria yang dititik beratkan di dalam pertandingan ini adalah penghasilkan ketupat paling banyak dalam masa 15 minit dan yang paling penting adalah kekemasan.

Tujuan :-

  • Memberi ilmu kepada pengujung tentang teknik menganyam ketupat dengan betul.
  • Dapat mendedahkan kepada golongan muda supaya ianya tidak luput ditelan zaman.
  • Menghidupkan lagi objektif karnival tersebut iaitu MERAKYATKAN SENI.
  • Dapat meningkatkan kecekapan peserta seiring dengan masa yang di tetapkan agar menghasilkan sarung ketupat yang berkualiti dan kemas




MARI KITA SAMA-SAMA TENGOK VIDEO SEPANJANG PERTANDINGAN MENGANYAM KETUPAT BERLANGSUNG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan