Isnin, 7 Disember 2009

AKTIVITI 3:- PENDAFTARAN KELAS KOMPUTER DAN PROMOSIKAN PID



Aktiviti : Pendaftaran Kelas Komputer dan Promosi PID
Tarikh : 11.10.09 (Sabtu)
Tempat : Tapak Pekan Hari Langkap
Program : Karnival Merakyatkan Seni
Dengan Kerjasama : Bilik Gerakan DUN Sg Manik
Penyertaan : Seluruh Penduduk Kawasan Langkap

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang



Latar Belakang Aktiviti :-
Aktiviti yang seterus semasa karnival ini berlangsung ialah mempromosikan PID dan KUSPID. Di samping itu pendaftaran bagi sesi baru untuk kelas komputer jugak di jalankan. Penerangan berkenaan dengan PID dan KUSPID di lakukan oleh pihak pengurusan PID. Semasa aktiviti berlangsung pengunjung boleh mendaftar sebagai ahli Kelab Usahawan Sosial Langkap dengan mendapat potongan sebanyak 10% semasa hari tersebut sahaja.


Tujuan :-
  • Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka.
  • Membantu masyarakat memahami konsep keusawanan sosial sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan dengan keusahawanan sosial.
  • Membantu usahawan yang baru pertapak dalam dunia perniagaan dari segi mendapatkan bantuan kewangan, pendaftaran syarikat, E-perbankan dan sebagainya
  • Dapat membantu usahawan menjual produk mereka secara online melalui portal PID.
  • Meningkatkan tahap penggunaan peralatan ICT
  • Membantu para komuniti menyelesaikan masalah dalam mengendalikan komputer dan sebagainya.


Peserta yang mendaftar untuk KELAS KOMPUTER akan di berikan cenderatama dari kami.. hanya 20 peserta terawal sahaja.

Mempromosikan PID kepada mereka yang melawat booth PID Langkap. Peneranga yang detail akan di berikan iaitu berkenaan dengan PID dan KUSPID




Tiada ulasan:

Catat Ulasan